Perbezaan mengajar dan mendidik.

by 08:39 0 comments
Sedikit coretan dari buku yang saya terbaca.

"Kita mesti mendidik bukan sekadar mengajar." kata saya.

"Apa bezanya mendidik dan mengajar?"

"Mengajar dengan memberitahu, memahamkan dan menyampaikan..."

"Mendidik pula?" soal dia.

"Mendidik ialah dengan mengajak, mendorong, membimbing dan memantau..."

"Jadi sekarang kita banyak mengajar daripada mendidik?"

"Begitulah..."

"Boleh berikan contoh?"

"Mengajar sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya. Tentang sah, batal, rukun dan syarat. Hasilnya, pelajar kita tahu sembahyang."

"Mendidik sembahyang?"

"Mendidik lebih pada mengajak. Kita ajak mereka sama-sama bersembahyang dengan kita. Kita jadi role-modelnya. Jika mereka malas, kita dorong. Jika salah, kita membetulkannya. Hasilnya, mereka akan mahu bersembahyang."

"Oh mahu bersembahyang... Bukan sekadar tahu sembahyang."

"Saya pernah dengar ungkapan Inggeris - 'I need to pray' berbanding 'I have to pray'. Macam mana tu?"

"I need to pray tu lebih baik. Itu datang dari kerelaan. Manakala I have to pray tu lebih kepada paksaan. Ibadah dengan rela lebih baik daripada terpaksa."

"Bagaimana dengan paksa rela?"

"Mendidik manusia begitulah. Mula-mula paksa dulu, lama lama in shaa Allah timbul rela. Alah bisa tegal biasa. Itulah prinsip mendidik. Pertama menyampaikan, kedua membimbing. Jika belum berkesan, tingkatkan dorongan. Jika belum berjaya, baru guna hukuman. Paksa. Bahkan boleh memukul. Bukan untuk menyakiti, tetapi mendidik."

"Malang... Sekarang ni ramai pengajar, sedikit pendidik."


Cc: Brother Pahrol Mohd. Juoi, penulis buku "Beduk Diketuk" terbitan Telaga Biru.

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment