Seorang pencuri daripada Bani Israel.

by 08:10 0 comments
Wuhaib Al-Wardi bercerita mengenai kisah Nabi Isa. Semoga kisah ini dapat dijadikan panduan kepada kita semua. Nabi Isa mengajak seorang kawan karibnys bertandang ke rumahnya. Pada ketika itu, seorang pencuri sedang berada di rumah Nabi Isa. Dia menyedari Nabi Isa sudah sampai ke rumah. Pencuri itu berasa gelisah. Dia sudah tidak dapat melarikan diri lagi. Lalu dia berkata di dalam hati,"Dia adalah Nabi Isa, seorang utusan Tuhan yang sangat terpuji akhlaknya sedangkan aku ini pula seorang yang celaka, merampas harta benda orang lain dan kerap juga membunuh!"

Selepas berkata demikian, pencuri itu pergi mendekati Nabi Isa dan mengakui kesalahannya. Nabi Isa memaafkan sang pencuri. Begitu pertemuannya dengan Nabi Isa. Kemudian, mereka bertiga keluar dari rumah Nabi Isa. Dalam perjalanan, sang pencuri berasa begitu bersalah. Dia merasakan dirinya terlalu hina.

"Layakkah diriku ini berjalan di sebelah Nabi Isa? Aku adalah seorang yang kotor. Gemar melakukan kesalahan besar. Tidak layak aku berjalan di sebelahnya," katanya dalam hati sambil kepalanya ditundukkan. Kemudian dia memperlahankan langkah kakinya dan berjalan di belakang Nabi Isa dan kawan karib nabi.

Kawan karib Nabi Isa menoleh kepalanya ke belakang dan memandang ke arah sang pencuri dengan wajah yang meluat. Dalam hatinya dia berkata,"Ah, si celaka ini berjalan bersama aku dan Nabi Isa."

Ketika itulah Allah menyampaikan berita kepada Nabi Isa supaya disampaikan kepada kawan karibnya dan sang pencuri, "Sesungguhnya Aku terima taubat si pencuri itu dan Aku ampuni semua kesilapannya yang lalu. Tetapi Aku hapuskan semua amalan kawan karibmu itu kerana merendah-rendahkan orang yang sudah bertaubat."

Lihat betapa tingginya taraf orang yang bertaubat di sisi Allah. Semoga kita tergolong dalam golongan yang baik. Amin ya rabbal alamin.

*petikan sebuah kitab

Unknown

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment